Graphics Girly Graphics

Aku punya azam..haha

Hari ini sudah 29hb Disember 2010.Kita tinggal 2 hari sahaja lagi ingin menamatkan status bujang 2010..huhh
Terasa baru bulan lepas je masuk tahun.Kenapa cepat sangat masa berlalu..Biasalah lau masuk tahun baru,serba serbi hendak baru..baju baru,perabot baru,kereta baru..tapi bersederhana sudahlah...tapi yang anis nak cerita tentang azam baru (azam lama pun entah kemana)..haha.Tak mengapalah kalau azam tahun ni ada yang tak tertunai anis berhajat hendak extand ke tahun hadapan.(mudah2an insyallah).

Azam ku

  • Dapat dekan                                                                                                                                        Anis kepingin sangat nak dapat dekan semester pertama.Tapi rezeki tak menyebelahi Anis.Mungkin kekhilafan anis sendiri .So untuk untuk lebih berjaya belajar dengan lebih tekun..Tapi masih banyak masa untuk anis mengubah diri ini..
  • Lesen kereta                                                                                                                                           Bab lesen kereta ni anis ada sikit masalah fobia..selepas kemalangan bulan 5 tahun ni.Anis langsung dah tak belajar driving..sepatutnya anis nak buat jpj test bulan julai hari tu..tapi anis dah dapat tawaran belajar..so dapat diteruskan sampai sekarang..masalah fobia tu pun masih blm dpt hilang..hurmm tapi berkat support org2 tertntu wat aku smgat nk smbung lesen blik lepas hbis semester 2 akn dtg..(mudah2an Allah melindungi Anis,jauhkan segala mara bahaya..amin  
  • Lebih friendly                                                                                                                             Anis akui anis agk unfriendly..tapi nak buat macam mana anis macam ni..tapi anis tekad nak berkawan dengan semua orang..lagi2 nak menuntut ilmu ni kena berkawan..tapi insyallah anis akan menjaga batas2 tertentu..:)
 *Sengaja anis tambah sebab anis tak sangka Faezah yang otai ni pun ada masalah fobia cm anis..huk3..tak sangka btul..tapi anis bru skli test jpj yup(tapi fail..hahaha)
http://berita-harian-online.com/dua-tahun-fobia-memandu/                                                                                                                                      

Masukkan Laman Web / Blog anda ke dalam LamanWeb.biz - Projek Laman Web Direktori Terbesar Malaysia

Dua tahun fobia memandu

Posted on the December 9th, 2009 under Tempatan by Syedz
1Kongsi Maklumat ini di FB Selepas dua tahun tidak berani memegang stereng kereta gara-gara kemalangan jalan raya, kini Faezah semakin yakin memandu dengan Hyundai Getz miliknya.


BANYAK dugaan dihadapi oleh pelakon jelita ini sebelum dapat memandu kereta di jalan raya.

MEMANDU dan meminjam kereta seorang teman tanpa memiliki lesen, lalu mengalami kemalangan kecil beberapa tahun lalu membuatkan pendatang baru dalam dunia lakonan, Noorfaezah Elai Md. Elai, 27, mengalami trauma.
Sejak itu, wanita yang lebih dikenali dengan panggilan Faezah Elai tidak memiliki keberanian untuk memegang stereng kereta, apatah lagi untuk memandu kereta.
FAEZAH selesa memandu jentera Hyundai Getz yang bersaiz kompak.



“Waktu itu saya baru hendak belajar memandu kereta. Sudahlah tiada lesen memandu yang sah, saya juga mengalami kemalangan kecil berhampiran rumah.
“Memanglah kalau hendak diikutkan ia bukan kesalahan besar kerana pemandu lain yang melanggar saya. Tetapi siapa yang tidak gementar apabila terlibat dalam kemalangan.
“Waktu itu saya benar-benar ketakutan memikirkan impak terhadap insiden di luar kawalan ini. Selepas kejadian malang itu, saya terus fobia untuk memandu.


“Dua tahun saya tidak membawa kereta gara-gara trauma,” katanya ketika ditemui pada sesi fotografi Ini Mobilku di perkarangan Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bekas pramugari Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) itu memberitahu, selepas dua tahun berlalu barulah dia ada keinginan untuk belajar memandu secara sah menerusi sekolah memandu di tempat kelahirannya di Pulau Pinang.
“Saya menggagahkan diri juga untuk belajar memandu dengan cara dan tempat yang betul setelah beberapa tahun tidak memegang stereng kereta.
“Namun, kenangan yang paling tidak dapat saya lupakan sewaktu belajar di sekolah memandu apabila terpaksa menduduki peperiksaan teori sehingga empat kali disebabkan gagal menjawab soalan ujian memandu berkomputer.
“Terus-terang, soalan yang diberikan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) agak mengelirukan sehingga saya terkial-kial menjawab soalan yang rata-ratanya berkisar tentang peraturan lalu lintas dan kemahiran bergelar pemandu.
“Nasib malang saya tidak hanya terhenti setakat di situ saja. Bahkan saya turut gagal dalam ujian amali memandu kereta di jalan raya untuk kali pertama.
“Setelah dua kali menjalani peperiksaan ini, akhirnya saya lulus dengan cemerlang sekali gus berjaya menjadi pemandu yang memiliki lesen sah,” jawab wanita berdarah kacukan hasil perkahwinan campur bapanya, seorang Punjabi dan ibunya Siam itu dalam nada girang.
PENGALAMAN terlibat dalam kemalangan jalan raya membuatkan Faezah fobia memandu.



Biarpun begitu, Faezah kini lebih selesa menggunakan khidmat adik kesayangan, Suzana Elai, 24, untuk mengangkut empunya diri ke mana-mana jua.
“Bukan saya sengaja atau mengada-ngada tidak mahu memandu kereta sendiri. Tetapi saya lebih gemar meminta bantuan adik yang juga bertindak sebagai pembantu peribadi saya untuk membawa kereta ini.
“Dengan jadual lakonan yang tidak mengira waktu, lokasi dan keadaan, kebiasaannya saya cepat berasa letih dan tidak bermaya untuk memandu.
“Nasib baiklah ada adik yang banyak membantu memudahkan pergerakan saya ke sana ke mari. Oleh itu saya memang berterima kasih kepada adik,” luah Faezah sambil memandang Suzana yang setia berada di sisinya sejak bergelar seorang pelakon kira-kira dua tahun lalu.
Pembabitan pertama Faezah dalam dunia lakonan adalah menerusi filem Otai arahan Prof. Madya Razak Mohaideen pada tahun 2007 lantas dia mula meraih populariti apabila berlakon dalam beberapa drama lain yang mendapat sambutan membanggakan daripada khalayak.
Hyundai Getz banyak kelebihan
Mengulas lebih lanjut tentang kereta Hyundai Getz yang dibelinya pada Julai tahun lalu, anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, dia cukup senang memandu kereta jenis kompak tersebut setelah membelinya sejak setahun lalu.
“Banyak kemudahan yang saya dapat dengan menggunakan khidmat kereta ini. Salah satu yang boleh saya katakan adalah minyaknya yang jimat.
“Fizikalnya juga kecil sekali gus memudahkan saya untuk meletakkan kenderaan ini di tempat letak kereta.
“Bahkan semasa saya beli kereta ini, ejen jualan Hyundai turut memberikan pelbagai hadiah menarik dan perkhidmatan lain termasuk untuk servis kereta,” jelasnya dalam nada ceria.
kredit : kosmo.com.my
Terima Kasih kerana sudi terjah Belog Cik AMAL alang2 TEKAN LIKE sekali tak pun kumen lah sikit.. ♥♥Love U All Readers♥♥flying kiss untuk korang♥♥

2 comments:

Nurul Mazni Sawal said...

salam dik..
semoga azam tu hendaknye tercapailah yer.
gudluck~ n anis punyer blog oke..
but anis kene lah centerkan gambar2 yg der dlm blog anis nie..
biler letak gmbar, bfore post, preview dlu..
sebab gmbar2 kat blog anis, kejap ketengah, kejap ke tepi..
N jangan putus asa kalau tak ramai follower. yg penting minat keyh??
gud luck~!!!

arenice said...

thks akk..insyallah akn diperbaiki hr ke hr..

HAK MILIK TERCIPTA PELIHARA OLEH Cik Amal @ Copyright