jom belajar komputer...

Jangan Abaikan Lampu Ini

Di setiap komputer anda akan dapati beberapa lampu – lampu kecil. Kebanyakkan orang tahu dan boleh mengenali lampu kuasa (power LED) yang akan menyala setiap kali komputer dipasang. Namun lampu – lampu lain kurang diberi perhatian dan pengguna jarang mengambil tahu kepentingan lampu – lampu ini pada fungsi komputer mereka.

Di antara lampu yang sering diabaikan adalah lampu HDD atau Hard Disk Drive LED. Lampu ini sering kelihatan berkelip – kelip apabila komputer digunakan seolah – olah seperti nadi jantung. Ramai pengguna tidak mengendahkan lampu ini dan menganggap kelipannya itu adalah perkara normal. Namun hakikatnya kelipan lampu HDD itu memberikan maklumat penting kepada pengguna berkenaan fungsi komputer. Mengambil tahu akan erti kelipan akan membantu anda menjadi pengguna yang lebih produktif.


Kelipan lampu HDD sebenarnya melambangkan aktiviti cakera keras atau Hard Disk Drive (HDD) komputer anda.

Setiap komputer dilengkapi dengan sekurang – kurangnya satu HDD. HDD adalah media storan utama komputer dan menyimpan semua maklumat yang diperlukan untuk komputer berfungsi. Tanpa HDD, komputer tidak akan dapat dimula atau digunakan. Adalah di luar skop rencana ringkas ini untuk menerangkan HDD secara terperinci. Untuk itu sila rujuk Kursus Pengetahuan IT + Multimedia COMPU Studies.


Apabila maklumat dibaca atau ditulis ke HDD, lampunya akan berkelip. Kelajuan kelipan menggambarkan betapa sibuknya HDD sedang berfungsi. Lebih laju lampu HDD berkelip, lebih sibuklah ia. Namun apa pula kaitannya dengan anda sebagai pengguna?

Apabila HDD sibuk bekerja, komputer kerapkali menjadi perlahan. Dalam keadaan ini komputer mengambil lebih masa untuk respon kepada penaipan atau klik yang dilakukan melalui tetikus. Ada kalanya anda mungkin tidak akan nampak sebarang respon pada komputer kepada arahan yang diberikan melalui papan kunci atau tetikus. Akibatnya apabila HDD sibuk, komputer boleh kelihatan seolah – olah tergantung operasi atau "hang" dan ramai pengguna membuat kesimpulan yang komputer mereka sudah rosak.

Sebenarnya komputer dalam keadaan yang disebutkan tadi bukannya rosak malah hanya terlalu sibuk buat seketika. Apa yang perlu dilakukan dalam keadaan sebegini adalah memberikan komputer masa untuk menyiapkan semua urusan membaca dan menulis ke atas cakera keras (HDD) tadi sebelum mula menggunakannya kembali. Apabila lampu HDD berhenti berkelip atau hanya berkelip sekali - sekala sahaja, anda bolehlah kembali ke urusan komputer anda. Anda akan dapati komputer lebih responsif dan seronok digunakan.

Oleh itu sentasa awasi lampu HDD komputer anda. Berhenti menggunakan komputer seketika jika ianya menjadi terlalu sibuk. Mengikut petua ini akan memberikan anda pengalaman perkomputeran yang lebih selesa dan produktif.

Pendek kata komputer juga perlukan sedikit kefahaman dan kesabaran dari tuannya.

Musuh No.1 Komputer


Pernahkah anda mengalami keadaan - keadaan berikut:-
  • Anda rasakan komputer anda semakin perlahan?
  • Perjalanannya lembap dan selalu tergantung operasi (hang)?.
  • Fail selalu hilang dan tak dapat dikesan?
  • Program tidak boleh dijalankan?
  • Ruang cakera semakin penuh?
  • Internet menjadi terlalu perlahan atau tidak berfungsi lagi?
  • Anda kerap hantar komputer ke kedai untuk di format? Namun selepas beberapa bulan rosak kembali? 


Pada ketika komputer anda baru, ia berjalan sungguh pantas dan lancar. Kini setelah beberapa bulan atau tahun, anda rasakan komputer anda semacam tidak bermaya lagi. Ramai pengguna menganggap punca perkara ini berlaku adalah kerana komputer sudah "lama". Ini ditambah pula dengan komen jurujual atau pekedai komputer yang mengatakan sedemikian semata - mata kerana inginkan anda membeli komputer baru.
Hakikat sebenarnya ialah TIDAK ADA SEBAB mengapa komputer berusia 5 tahun tidak boleh berfungsi secepat dan selancar ketika ianya baru dipasang. Komputer bukannya seperti kereta yang komponennya boleh haus dan rosak serta menjadi kurang cekap beroperasi. Di dalam sistem komputer, kecuali cakera keras dan kipas tidak ada komponen lain yang bergerak. Jadi mengatakan punca komputer menjadi perlahan adalah kerana ianya sudah lama hanya setelah beberapa bulan atau setahun dua penggunaan adalah amat tidak benar sekali!

Jadi apakah punca masalah komputer seperti di atas? Jawapannya adalah virus dan spyware. Virus dan spyware adalah dua jenis perisian jahat yang memperlahankan dan merosakkan perjalanan komputer anda. Di dalam kategori virus dan spyware juga termasuk perisian lain yang sering kita dengar seperti worm dan trojan. Semua perisian - perisian ini merupakan punca utama mengapa komputer anda mengalami semua masalah yang disenaraikan di atas.

Namun berita baiknya ialah masalah ini boleh diatasi. Ramai pengguna terperdaya dengan "nasihat" pekedai komputer bahawa satu - satunya jalan menyelesaikan masalah ini adalah menformat komputer. Lebih teruk dari itu ada pula yang termakan "nasihat" pekedai dan menukarkan atau "upgrade" hard disk baru dengan kos beratus ringgit. Hasilnya komputer berjalan lancar untuk beberapa bulan. Selepas itu komputer mula lembap kembali dan buat hal lagi. Akhirnya ramai pengguna berasa serik akan tiada kesudahan masalah komputer mereka dan mengambaikan komputer mereka atau menggunakannya dalam keadaan yang kurang memuaskan.

Sebenarnya anda tidak perlu berbelanja besar atau bersusah payah menggunakan komputer pada separuh kapasitinya. Dengan mengamalkan langkah - langkah penjagaan dan pembasmian yang betul, anda boleh kembalikan prestasi komputer anda kepada keadaan sediakala. Tidak perlu format. Tidak perlu upgrade. Tidak perlu belanja beratus ringgit untuk berbuat demikian.

Kursus Pembasmian Virus dan Spyware mengajar semua yang perlu anda tahu berkenaan virus dan spyware - musuh nombor satu komputer. Anda akan belajar mengenali perbezaan setiap satu musuh ini dan bagaimana mereka menyerang komputer anda. Anda juga belajar bagaimana hendak membasmi semua musuh - musuh ini dari komputer anda. Kepakaran yang akan anda peroleh boleh anda gunakan untuk menjaga komputer anda dalam keadaan baik selalu. Hasilnya ialah anda akan menikmati pengalaman perkomputeran yang jauh lebih memuaskan, menyeronokkan dan produktif. Anda akan boleh gunakan komputer dengan lancar untuk menyiapkan tugasan yang sekian lama tergendala. Tidak perlu lagi anda bergelut dengan berbagai masalah komputer. Anda juga akan dapati tidak perlu untuk hantar komputer ke kedai lagi semata - mata untuk diformat atau di naik-taraf (upgrade). Anda akan jimat beratus ringgit yang boleh digunakan untuk tujuan lain. Untuk maklumat lanjut berkenaan Kursus Pembasmian Virus dan Spyware sila klik di sini.

Bindi
Pengurus
COMPU Studies

Terima Kasih kerana sudi terjah Belog Cik AMAL alang2 TEKAN LIKE sekali tak pun kumen lah sikit.. ♥♥Love U All Readers♥♥flying kiss untuk korang♥♥

2 comments:

Mommy Pinky said...

Bagusnya artikel nih. Baca dengan penuh minat. Mommy ambik boleh? ;p

p/s: dah buat kan tutorial yang direkues. Boleh view sini ye :)

http://babybiey.blogspot.com/2010/12/tutorial-wishlist.html

arenice said...

its okey..sme2 bkongsi ilmu ap slh nye..:)

HAK MILIK TERCIPTA PELIHARA OLEH Cik Amal @ Copyright