Graphics Girly Graphics

hari-hari hari ibu..selamat sentiasa mama

entri kali ni agak touching..semperna hari ibu ni nak sangat kongsi cerita tentang  IBU a.k.a EMAK a.ka MAMA a.k.a AMMA mcm2 panggilan itu insan istimewa yang bernama IBU ini.Istimewanya ibu ini sangatlah besar maknanya..kalau korang pergi KL,foreigner tak tanya korang

 "KL ni bapa kota Malaysia ke?"~salah
 orang akan tanya macam ni
"KL ni ibu kota Malaysia ke?"ha...baru betul..

satu lagi korang tahu kan bahan nak buat roti..
nak kasi roti tu kebang molek namanya
IBU ROTI a.k.a BAPA ROTI

haahh pernah korang dengar bapa jari..tak pernah kan???
orang panggil ibu bapa jari kan??

tgok betapa agungnya perkataan IBU tu..kadang kala rasa sayu dalam hati..yelah bila dikenang orang yg tak da mak teringin nak rasa ksih syg mak..kita yang ada mak ni kerjanya melawan je tak habis-habis..tapi mak ni hati nya sangat halus..cepat bebenor sensentap.."sentap hati mak nak."

Nampak benor nipunya kalau korang tak pernah wat mak touching..menipu mak..cakap2 belakang tentang mak time skolah dulu..tak payah bohong la....aku tahu dan faham benar dah..(aku pun pernah merungut jugak tapi kadang2 je ^^)

"mak aku bagi belanja RM2 je..ingat cukup ke.."yang itu lah selalu kita cakap kat kawan2...BErDOSA .BErDOSA .BErDOSA..tahu pun.tapi kita terus buat kesilapan yang sama kan??manusia...

Dah masuk U a.k.a KOLEJ pula lain ceritanya..kali ni berjauhan dengan mak..of course la happy..tak dengar leteran tiap2 pagi..tak kena suruh itu ini..tak kena marah..heaven2...heaven ke???
Bila dah bebas mak dah tak control kita lagi..mak dengan harapan tinggi kita dah boleh belajar berdikari ayam..Bila dah berdikari ni hidup pun uruskan diri sendiri la kan...nak buat apa.. ada aku kesah???adat lah tu insan2 bernama anak.Umpama seperti peribahasa ini SAYANG ANAK SEPANJANG PENGGAL, SAYANG ORANG TUA SEPANJANG JALAN. Apa yang korang faham dengan peribahasa tu..meh cheq xplain kasi mta korang tersembul keluaq..

SAYANG ANAK SEPANJANG PENGGAL, SAYANG ORANG TUA SEPANJANG JALAN

Sayang anak kepada ibubapanya hanyalah sepenggal iaitu ada hadnya. Apabila ibu bapa sudah tidak mempunyai apa-apa ataupun sudah tua, maka hilanglah sayang anak kepadanya. Sedangkan sayang ibu dan bapa kepada anaknya adalah sepanjang jalan atau tanpa batasan

~copy drpd The Revivalist

Kita rapat dengan ibu macam2 cara bukan?? adakala kita dengan ibu sangat easy-going..mak sangant open mainded tak kisah kalau nak kongsi everything pun.adakalanya sesetengah kita tak berapa mesra dengan ibu..maybe faktor2 tertentu..ada pula sesetengah ibu mahukan anak-anaknya mesra dengan nya sepertu kawan baik (tapi tak bermakna boleh cakap lepas sesuka hti ye..tetap ada batas2nya)..

Ada saya pernah terdegar perbualan kawan2 saya dengan ibunya..dia dan ibu sangat easy-going dan sangat open-minded..tapi apabila si orang ni tutur katanya kasar..saya tertanya-tanya..mak dia tak tersentap ke??
katanya...."entah dia suruh aku jadi macam ni.."Oh begitu pulak...so aku tak mampu kata apalah..dah mak dia tak kisah..aku pulak nak kisah..hurmm..tapi aku ada lah pesan dekat dia ni macam ni

"Walaupun dia kata macam tak kisah..kita ni kena tahu batas tutur kata..manalah tahu dia sensitif..wat tambah dosa yang sedia ada je."

yess!! aku bukan penasihat yang baik..langsung tak berkesan dekat orang tu..tak pa lah harap suatu hari nanti kau ingat lah ye...:)


Hari ibu ni aku tak ada hadiah untuk mak aku..tapi sekadar kad ucapan yang by hand je lah aku mampu kan???sebabnya...mak aku tak pkai pun hdiah yg lepas2..so dengan sekadar ucapan dah cukup untuk buat hati seorang ibu lega bahawa anaknya sentiasa mengigatinya...

Tapi bagi aku..hari-hari adalah hari ibu..tak payah hadiah mahal2..makan hotel lah...cukup sekadar kita bertanya khabar ibu kita..sihat ke tidak??makan ke belum?erti kata lain KEPERIHATINAN kita terhadap couple mak tu kena setiap hari..(pandai pulak aku berceramah).

ok lah akhir sekali aku nak sgat korang tengok stu video ni untuk menjadi perangsang agar kita menjadi anak yang berguna di dunia dan akhirat.Hayatilah setiap detik bagaimana  pengorbanan seorang anak kecil yang 7 thun boleh menjaga ibunya yang tersayang lumpuh tidak mampu berjalan penuh kesabaran.
.Salam...selamat hari ibu  :)

Tekan tulisan oren bawah ni ya...selamat malam..renung2kan dan selamat beramal :)



ohhh mak saya ada disini...i love u



.






Terima Kasih kerana sudi terjah Belog Cik AMAL alang2 TEKAN LIKE sekali tak pun kumen lah sikit.. ♥♥Love U All Readers♥♥flying kiss untuk korang♥♥

No comments:

HAK MILIK TERCIPTA PELIHARA OLEH Cik Amal @ Copyright