Graphics Girly Graphics

i'm falling in love with orange chiffon cake

Hai kekwan semua...rindu 2 minggu pada belog cap kambing aku ni hhehe..hari tu kwan bek aku a.k.a roomate aku bawak kek chiffon oren..Ya Allah sedap bai..sampai aku addicted dengan nye..sanggup cari satu giant batu.caves KEK CHIFFON OREN..pandan i tak bpe layan nyahh..haha..Fuhh gebunye tidak terkata,,,,i'm speecless bila ngappp kek chiffon tu..hehe..
nak share resepi dari GERT dan aku ada juga wat research kat belog DAPUR TANPA SEMPADAN


 KEK CHIFFON OREN







BAHAN A :-)
1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
6 kuning telur gred A
1/2 cawan gula halus
1 biji oren, diparut kulitnya
3/4 cawan jus oren
1/4 cawan minyak jagung/sayur

BAHAN B :-)
6 putih telur gred A
3/4 cawan gula halus
1 camca teh cream of tartar

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
  3. Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
  4. Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan..


Terima Kasih kerana sudi terjah Belog Cik AMAL alang2 TEKAN LIKE sekali tak pun kumen lah sikit.. ♥♥Love U All Readers♥♥flying kiss untuk korang♥♥

No comments:

HAK MILIK TERCIPTA PELIHARA OLEH Cik Amal @ Copyright