Kek Keju Arau


KEK COKLAT KEJU ARAU

Bahan A(kek coklat)
2 cawan tepung naik sendiri(blue key)
1 cawan serbuk koko (van houten)
1/2 sudu teh garam
115 gm mentega (buttercup)
1 cawan gula perang
1 cawan gula castor
3 biji telur besar
1 1/2 sudu teh esen vanila
1 cawan susu cair + 2 sudu besar cuka atau jus lemon
1/3 cawan air panas

Bahan B (Keju)
250gm keju krim (philadelpia)
60 gm gula castor
25ml air
1 biji telur
sedikit esen vanila

Satukan keju krim dgn air dan gula, pukul sampai sebati.
Campurkan telur dan esen.(jangan pukul terlalu lama

Cara-cara:
1. Pukul mentega dan gula perang serta gula castor sampai kembang
2.Masukkan telur sebiji demi sebiji.Pukul hingga sebati.
3. Ayak tepung naik sendiri dengan serbuk koko.Ketepikan.
4. Masukkan tepung + serbuk koko ke dalam adunan mentega sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu cair dan cuka tadi.
5. Akhir sekali masukkan air panas.Hati-hati, jangan terlalu cair.
6. Bahagikan kepada dua adunan.
7. Panaskan oven dan masukkan adunan coklat pertama.Bakar 15 minit.
8.Masukkan adunan keju perlahan-lahan.Bakar lagi 10 minit atau sampai keras sikit.
9.Akhir sekali masukkan adunan coklat yang satu lagi.
10.Bakarlah 40 minit hingga masak.Suhu 180C.
11. Cucuk di tengah kek dengan lidi, jika lidi bersih, tanda sudah masak.


Terima Kasih kerana sudi terjah Belog Cik AMAL alang2 TEKAN LIKE sekali tak pun kumen lah sikit.. ♥♥Love U All Readers♥♥flying kiss untuk korang♥♥

No comments:

HAK MILIK TERCIPTA PELIHARA OLEH Cik Amal @ Copyright