Graphics Girly Graphics

SHARING IS CARING IS LOVING :10 sifat calon suami yang baik ~ #Fedtri Yahya

10 sifat calon suami yang baik:

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan. (paling utama kalau kita nak keluarga bahagia dunia dan akhirat =)  mst pelik knp fedtri nyatakn cth bersukan..tgok shj lah lelki skg kalau boleh nk main bola pkai boxer je..igt sikit aurat lelaki smpi mne)

 2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.(Betol ckp fedtri kalau suami bcakap ikut amarah dan ckp lps..kita pn tak suka kan??so carilah yg lembut dlm ketegasan)

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.(faham2 sdrilah tempat2 yg terdedah dgn mksiat ni..dah mkin byk n merata2..so beware jgn terikut2 ke tmpt mksiat

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. (ssungguhnya tugas dan tanggungjwb sbg lelaki mmmg berat..harus bertanggungjwb trhdap ibubapanya..isteri dan anak2nya serta tanggungjwb kpd negara)

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.( carilah seorg akauntan ,,okey tak perlu pn..kkdg akauntn sdri boros sbnrnya..yg psti cri yg pndai merancang kewangan keluarga utk tempoh masa pjg dan pendek)

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.(Okey..memang tak dinafikan Wanita adalah perhiasan,jd perhiasan yg cntik sllu jd pandangn yg menarik oleh lelaki.so jga mata,jaga hati dan jaga nafsu ) 

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.(Orang mcm ni bgus berfikir dulu sebelum bertindak mngikut hati..tak slah sbnrnya nak enjoy tp berpada2 jgn smpai mngamalkn hidup bebas tnpa kwalan) 

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.(Bijak mencari sahabat jgn mencari sahabat yang talam 2 muka,tikam belakang..kadang2 kwn blh mkn kwn...berkawan boleh jgn smpai abai rumahtgga kelak)

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.(Wahhh..yang ini yang kita cari..cri calon suami yg mengutamakn ibu dan ayahnya drpd semua perkara termasuklh kita..ohh mst xpuas hti..igt syurga suami terletak dibwh telapak kki ibu taw..derhaka suami pd ibunya,maka kita juga terjerumus ke neraka brsama suami igat tu=) _ 

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.(Muka sentiasa tenang walaupn masa tu maslah menimbun2..OHH spe cool spnjg masa kan??)

Terima Kasih kerana sudi terjah Belog Cik AMAL alang2 TEKAN LIKE sekali tak pun kumen lah sikit.. ♥♥Love U All Readers♥♥flying kiss untuk korang♥♥

1 comment:

susulemakmanis said...

moga kita dianugerahkan lelaki yg mmpunyai diri2 begini..amin..

HAK MILIK TERCIPTA PELIHARA OLEH Cik Amal @ Copyright